GBP/USD Bakal Sambung Junam Lagi Minggu Ini?

614

Jelas kelihatan perubahan pada corak harga di carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu dengan kedua-dua mata wang terkesan oleh beberapa faktor penting.

US dolar mula pulih daripada penyusutan sebelum ini ketika pasaran bersedia menuju ke acara mesyuarat FOMC minggu ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed).

Ucapan susulan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell akan menjadi petunjuk penting dalam menetapkan arah tuju pasaran seterusnya berikutan jangkaan kitaran pengetatan dasar yang semakin menghampiri ke penghujungnya.

Pound Sterling pada minggu lalu alami kejatuhan nilai yang ketara dipengaruhi oleh terbitan data inflasi UK menyaksikan penurunan pada angka inflasi bulan Jun adalah lebih rendah berbanding ramalan.

Prestasi suram Pound berlanjutan sehingga ke dagangan penghujung minggu lalu, dan pelabur menjangkakan situasi tersebut akan bersambung ke minggu ini.

Meneliti carta GBP/USD, harga yang telah menjunam di bawah paras 1.30000 ketika reaksi data inflasi itu, melanjutkan penurunan lebih rendah melepasi paras 1.29000.

Pada Jumaat lalu, harga dilihat menguji paras 1.29000 namun susut lagi hingga ke paras sekitar 1.28200 untuk rekod terendah 1 minggu.

Pergerakan harga kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi indikasi harga akan terus bergerak dalam trend bearish.

Dengan jangkaan US dolar bakal menyambung pengukuhan lagi, harga dijangka menyambung penurunan melepasi paras terendah dicecah minggu lalu.

Penurunan lanjut boleh mencecah hingga ke sekitar 1.27000 yang merupakan zon tumpuan pada dagangan awal Julai lalu.

Namun jika harga membuat lonjakan melepasi halangan MA50 dan tembus 1.29000, ini akan memberi petanda awal kepada pelabur untuk perubahan trend harga semula.

Kenaikan yang diteruskan boleh menuju kembali paras tumpuan 1.30000 dan jika harga terus menyambung kenaikannya, zon 1.31000 pula bakal diuji.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat