Pound Sterling kekal pamerkan prestasi suram menyambung dagangan pada awal minggu ini.
Namun Pound tidak terluka terlalu parah ekoran US dolar juga masih didagangkan lemah semalam ketika pelabur masih berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu.
Ketika ini, tumpuan terarah dahulu pada pembentangan laporan dasar monetari oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Selasa dan Rabu untuk petunjuk bagi penetapan dasar selanjutnya.
Sebarang petunjuk oleh Powell akan mengundang reaksi pasaran dan memacu pergerakan US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/pasaran-nantikan-powell#t=0:00
Carta harga pasangan mata wang GBP/USD turut akan diperhatikan pelabur untuk melihat sama ada corak kenaikan pada penghujung minggu lalu mampu diteruskan harga.
Pada dagangan Isnin semalam, harga mendatar dan dilihat gagal melepasi halangan paras 1.20500.
Namun harga masih bertahan di atas paras 1.2000 yang menjadi sokongan semasa buat harga selain harga turut masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan potensi untuk menyambung kenaikan.
Jika kenaikan diteruskan, harga yang melepasi paras 1.20500 seterusnya bakal menguji paras 1.21000.
Seterusnya, paras rintangan pada ketinggian 1.21400 yang diuji beberapa minggu sebelum ini akan menjadi tumpuan berikutnya.
Namun jika situasi berubah menyaksikan pengukuhan US dolar kembali menekan harga jatuh ke bawah, pelabur bakal bersedia untuk perubahan trend berlaku.
Susut di bawah paras sokongan MA50 dan melepasi 1.2000 akan mendorong penurunan harga menuju ke zon support pada 1.19000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG