GBP/USD Gagal Tembusi $1.2500, Harga Perlahan Berundur Hampiri $1.2400 Semula

258

Ketiadaan data ekonomi UK pada senarai minggu ini menyukarkan arah pergerakan mata wang Pound menuju sehingga ke penghujung minggu.

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan pergerakan lebih mendatar pada Khamis semalam setelah lonjakan berjaya dipamerkan di awal minggu.

Paras rintangan 1.25000 yang dicapai masih belum berjaya ditembusi selepas mencatatkan paras tertinggi 10 bulan itu.

Penurunan berlaku pada awal sesi New York semalam hampir menuju paras 1.24000 namun harga melantun sedikit sebelum menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.24400.

Isyarat bearish dinilai dengan pergerakan harga yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Namun, pelabur kekal berwaspada menantikan dahulu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) sebentar lagi yang akan menunjukkan arah pergerakan selanjutnya.

Sekiranya US dolar kekal lemah, Pound akan menyambung peningkatan sebelum ini menyaksikan harga naik menguji semula paras rintangan 1.25000.

Malah, lonjakan lebih tinggi boleh dijangkakan untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru menuju sasaran seterusnya pada 1.26000.

Namun jika sebaliknya harga menjunam ketara, menembusi paras 1.24000 akan mendorong penurunan dilanjutkan menuju sekitar 1.23000.

Seterusnya, zon tumpuan berikutnya pada 1.22000 bakal dicecah kembali harga untuk memaparkan reaksi menarik dan petunjuk pergerakan seterusnya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat