Betul Ke Ripple Bantu CBDC India?

362

“Hidup saling membantu jadi kalau nak tolong pun apa salahnya kan.”

Susulan India baru-baru ini melaksanakan projek percubaan dengan mata wang digital bank pusat (CBDC), negara tersebut dikabarkan mempunyai sasaran tinggi mengenai pembayaran domestik.

Diperjelaskan lebih terperinci, Reserve Bank of India (RBI) iaitu bank pusat negara itu telah bertindak secara pantas memulakan projek perintis berkenaan penggunaan CBDC untuk kegunaan runcit dan borong.

Pada masa ini, India rancang memperluaskan lagi penggunaan CBDC secara besar-besaran kerana pihak berkuasa sungguh percaya ia berpotensi menawarkan pelbagai faedah seperti rangkuman kewangan dan sistem pembayaran lebih baik.

Sebagai rekod, terdapat laporan yang mengatakan bahawa matlamat utama India adalah untuk mencapai sejuta pengguna CBDC dalam masa terdekat ini.

Rentetan itu, seorang pengguna bertanya kepada Ripple sama ada mereka telah menolong India untuk memperkenalkan CBDC susulan komuniti kripto telah membuat spekulasi dengan menyebut RBI menggunakan teknologi XRP Ledger (XRPL).

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum menjelaskan tentang aspek teknikal projek CBDC India, di mana XRPL difahami dapat mencetak, mengurus, berurus niaga dan memusnahkan CBDC.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP menjunam sebanyak 0.11% pada paras $0.50 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $25 bilion dan mencatatkan kerugian sekitar 5.82% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat