GBP/USD Junam 140 Pips, Apa Gabenor Cakap Selepas Mesyuarat BOE?

256

Mata wang Pound Sterling dilihat menjunam semalam menyusuli keputusan mesyuarat polisi bank pusat England yang dinanti-nantikan pelabur.

Menepati ramalan, Bank of England (BOE) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.50%, menandakan kenaikan kadar kali ke-12 berturut-turut.

Ekoran usaha untuk menangani kadar inflasi yang masih kekal pada 2 digit, BOE telah mencapai kadar pinjaman di paras tertinggi sejak tahun 2008.

Walaupun kebimbangan terhadap inflasi yang masih berada di atas paras 10%, namun Gabenor Andrew Bailey dalam kenyataan susulan menyatakan unjuran bahawa bank pusat tidak akan menaikkan kadar faedah lagi selepas ini, namun bergantung juga pada data-data yang diterbitkan seterusnya.

Ini telah mendorong kejatuhan mata wang Pound di sesi New York semalam.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga yang telah mulanya susut di bawah paras 1.26000 menyaksikan terjunan hingga menyentuh paras tumpuan pada 1.25000.

Setelah itu, pergerakan harga mula perlahan dan mendatar di atasnya sehingga menyambung pembukaan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menjangkakan trend bearish masih lagi kekal diteruskan.

Jika harga melanjutkan lagi penurunan di bawah 1.25000 sesi-sesi akhir minggu ini, harga boleh mencecah sehingga ke sekitar 1.24000 yang turut menjadi tumpuan sebelum ini.

Namun jika harga berjaya melonjak semula dari 1.24000, kenaikan harga dilihat akan kembali menuju semula paras 1.25000 untuk menguji rintangan tersebut.

Selepas kenaikan diteruskan, isyarat perubahan trend bullish bakal dinilai sebelum harga capai paras yang lebih tinggi lagi dengan sasaran menuju 1.27000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat