GBP/USD Mendatar Di Bawah $1.2100, Harga Nak Jatuh Lagi?

293

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan corak mendatar pada Selasa semalam berbanding penurunan yang dipaparkan di awal minggu.

Momentum pengukuhan US dolar mula perlahan pada Selasa semalam berikutan pelabur dilihat berwaspada menjelang terbitan beberapa data penting menuju penghujung minggu termasuk pekerjaan ADP dan NFP Amerika Syarikat (AS).

Pada carta GBP/USD, harga mendatar di bawah paras 1.21000 di mana kenaikan harga telah menyentuh paras tersebut namun harga gagal untuk melepasinya.

Paras terendah harga pula adalah sekitar 1.20500 yang dilihat menjadi paras sokongan semasa buat harga ketika ini, namun tidak mustahil untuk ditembusi dalam masa terdekat.

Ini kerana trend pergerakan harga masih bearish walaupun agak mendatar semalam, dengan harga kekal berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan pelabur untuk melepasi paras semalam seterusnya mensasarkan untuk menuju 1.2000.

Jika tembus lebih rendah, tumpuan dilihat pada sekitar 1.19400 untuk harga teruskan catatkan paras terendah terbaru 7 bulan.

Namun jika harga melonjak melepasi rintangan 1.21000, akan menjadi petunjuk awal untuk perubahan trend harga berkemungkinan berlaku.

Turut akan melepasi halangan MA50, harga bakal membuat kenaikan semula menuju paras 1.22000 untuk menguji pula rintangan tersebut.

Data pekerjaan ADP dan tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS akan diterbitkan di sesi New York malam ini dan dijangka akan mempengaruhi pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat