GBP/USD Tak Sambung Lonjakan, Turun Balik Bawah $1.2700!

346

Corak kenaikan harga pada dagangan Khamis semalam tidak diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/USD ketika menutup tirai Ogos 2023.

Dipacu oleh US dolar, raja mata wang itu kembali paparkan pemulihan semula daripada penyusutan ketara yang dialami pada Rabu ketika terkesan oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang telah diterbitkan.

Menjadi indikator penting bagi hala tuju dasar monetari Federal Reserve (Fed), data pekerjaan ADP catat bacaan yang merosot memberi isyarat negatif untuk laporan NFP yang akan diterbitkan pula hari ini.

Selain itu, bacaan kedua untuk pertumbuhan ekonomi (GDP) AS bagi suku kedua 2023 mengejutkan pasaran apabila menurun kepada 2.1% berbanding ramalan untuk kekal 2.4% seperti bacaan awal bulan lalu.

Ketika penyusutan US dolar itu, harga pada carta GBP/USD telah melonjak ke paras ketinggian 1.27450 namun kenaikan tidak diteruskan semalam.

Harga paparkan penurunan semula hingga ke sekitar 1.26600 di sesi New York semalam dan harga mendatar di sekitar itu menyambung pada dagangan sesi Asia pagi Jumaat ini.

Memberi isyarat bearish, harga telah bergerak turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu setelah menjunam kembali di bawah paras 1.27000.

Justeru, pelabur akan menjangkakan penurunan harga untuk menuju semula paras tumpuan 1.26000.

Dan jika masih lagi harga berterusan jatuh, berkemungkinan paras terendah terbaru bakal dicatatkan dengan sasaran adalah pada zon 1.25000.

Namun, sebarang kejutan boleh berlaku ketika data NFP diterbitkan nanti di mana harga juga berpotensi melonjak sekiranya US dolar alami penyusutan lebih buruk.

Harga yang melonjak melepasi zon 1.27000 akan cuba mengatasi semula ketinggian dicapai Rabu lalu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Rintangan seterusnya buat harga berada pada zon 1.28000 di mana zon tersebut kekal menghalang kenaikan harga untuk beberapa minggu kebelakangan ini.

Lihat gambar carta harga GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat