Tuntutan Laut China Selatan: Malaysia Bantah ‘Peta Standard’ China!

912

Malaysia menentang ‘peta standard’ baharu China untuk 2023 yang menunjukkan tuntutannya terhadap kedaulatan di Laut China Selatan.

Ketegangan terus meningkat di perairan strategik itu apabila Beijing semakin tegas dalam tuntutannya walaupun mahkamah antarabangsa pada 2016 telah menafikan haknya.

Malah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah membina pos-pos tentera serta mengerahkan pengawal pantai dan pasukan maritimnya di kawasan perairan itu.

Dalam langkah terbarunya, Beijing mengeluarkan peta pada hari Isnin garisan berbentuk U yang terkenal meliputi kira-kira 90% Laut China Selatan, dan dilihat memotong zon ekonomi eksklusif (EEZ) Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Bertindak balas kepada tindakan itu, Malaysia segera memfailkan bantahan diplomatik ke atas peta itu.

Peta tersebut disifatkan sebagai ‘‘tuntutan maritim unilateral’ atau satu pihak sahaja oleh China dan ia bertindih dengan tuntutan negara itu ke atas negeri Sabah dan Sarawak.

Turut bersama-sama Malaysia dalam menyuarakan bantahan itu adalah India, Filipina, Malaysia, Taiwan dan Vietnam yang menolaknya sebagai tidak berasas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat