GBP/USD Tembus $1.25000, Tapi Betul Ke Trend Dah Berubah Ni?

366

Muncul isyarat awal untuk pertukaran trend harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD ketika dagangan awal minggu semalam.

Ini disebabkan pergerakan menaik harga yang telah melepasi rintangan pada 1.25000 setelah harga di awal sesi Asia melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Paras MA50 menjadi halangan buat harga sepanjang minggu lalu, namun di awal minggu ini harga mula bergerak di atasnya.

Kenaikan harga semalam mencapai hampir 1.25500 namun harga susut semula di sesi New York ke zon 1.25000 dan pergerakan harga juga mendatar menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa).

Menguji zon 1.25000 dan paras MA50, reaksi harga bakal memberi petunjuk untuk pergerakan selanjutnya.

Pelabur juga akan berwaspada memerhatikan bacaan laporan data pekerjaan UK di sesi Eropah sebentar lagi yang boleh memacu pergerakan mata wang Pound.

Sekiranya lonjakan harga berlaku dari zon 1.25000, harga bakal menuju ke tumpuan berikutnya pada 1.26000 dan memaparkan pergerakan dalam trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi sekiranya melepasi 1.26000 akan menjangkakan harga untuk mencapai semula ketinggian pada 1.27000.

Namun jika harga bergerak turun di bawah zon 1.25000, corak bearish minggu lalu akan diteruskan semula.

Penurunan harga jika melepasi paras dicecah minggu lalu boleh mendorong harga menuju pula ke sekitar 1.24000 dan catatkan paras terendah terbaru 14 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat