Gempar! Miners Jual BTC Melebihi Jumlah Dilombong Pada Oktober!

415

“Adakah harga BTC akan terkesan disebabkan tindakan dilakukan oleh miners ini?”

Sejurus selepas mengukuh sehingga $35,879 pada malam semalam, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum semula ke $35,230 di mana jika dilihat aset digital tersebut sekarang berada dalam momentum mendatar.

Memang tidak dinafikan harga BTC telah menyaksikan pendakian bulanan 26%, tetapi 13 entiti mining terkemuka dilaporkan menjual sejumlah besar aset digital itu yang melebihi jumlah token dihasilkan mereka pada Oktober 2023.

Menerusi pemerhatian, nisbah pengeluaran jualan untuk pemain seperti Marathon Digital Holdings dan Core Scientific yang melepasi 100% telah menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja jual keseluruhan hasil BTC pada bulan lepas malah token daripada rizab sedia ada.

Namun perlu diketahui Hu 8 dan But Digital telah menjual lebih banyak susulan mereka mencairkan lebih daripada 300% token BTC yang dihasilkannya pada Oktober.

Peningkatan dalam nisbah pengeluaran jualan sebanyak 105% adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan nisbah 64%, 77% dan 77% yang direkodkan pada Julai, Ogos serta September.

Umum mengetahui terdapat beberapa sebab penjualan itu berlaku, antaranya adalah susulan daripada pemulihan harga BTC diikuti perancangan kewangan strategik untuk acara halving BTC yang akan berlaku pada April 2024.

Rentetan halving BTC akan mengurangkan ganjaran mining kepada separuh, miners bertindak meningkatkan rizab modalnya dengan mencairkan sebahagian daripada pegangan BTC mereka.

Suka dimaklumkan bahawa langkah strategik tersebut adalah penting untuk mengekalkan operasi mereka termasuk memastikan daya maju jangka panjang dalam pasaran kripto yang memang tidak menentu.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.37% pada paras 35,410 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $691 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 2.53% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat