Goldman Sachs Bersuara, Pasaran Kripto Bakal Bullish Semula!

990

“Hmm mungkin boleh mungkin tidak, pergerakan pasaran kripto sekarang pun dah makin pelik.”

Bitcoin (BTC) pada pembukaan pasaran sesi Asia hari ini memulih sedikit ke $67,677, tetapi pasaran mata wang kripto kini sedang menjalani fasa consolidation menjelang acara halving BTC yang paling ditunggu-tunggu.

Susulan paras anggaran S&P 500 akhir tahun pada 5,200 masih disokong oleh ahli strategi Goldman Sachs Group Inc, mereka turut mengunjurkan senario di mana megacaps* teknologi dapat memacu indeks tambahan 15%.

*Saham dengan modal atau nilai pasaran melebihi $200 bilion

Menurut pakar strategi diketuai Davis Kostin, firmanya kekal dengan unjuran sedia ada kerana hala tuju kadar dana persekutuan dan trajektori pertumbuhan ekonomi telah pun dinilai sepenuhnya oleh pasaran kewangan mahupun kripto.

Jika kenaikan 15% dalam saham teknologi menjadi kenyataan, pasaran kripto boleh melihat aliran menaik susulan pendakian saham teknologi menunjukkan bahawa pelabur mungkin menyimpan portfolio yang luas untuk pelaburan.

Suka dimaklumkan bull run kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini disebabkan terdapat banyak platform dagangan dalam talian dan BTC ETF yang menjadikannya lebih mudah untuk pelabur, peruncitan serta institusi menjana keuntungan lumayan.

Kini dengan pertumbuhan dalam saham, jangkaan pemotongan kadar faedah dan acara halving BTC yang menghampiri mampu menyebabkan kebarangkalian peluang untuk kenaikan harga BTC berterusan adalah tinggi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.14% pada paras $66,585 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 1.19% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat