Harga Bitcoin Bernilai RM60,000, Menghampiri $15,000 Pada Hari Ini

209

Harga Bitcoin kini melonjak melebihi RM57000 atau $14,000 pada awal pagi. Dalam masa 1 malam harga bitcoin naik $2,000.

Matawang itu bermula pada harga bawah $1,000 pada awal tahun, kemudian terus meningkat walaupun dihimpit dengan amaran bahawa gelembung tersebut akan pecah.

Harga tersebut mencatat paras tertinggi walaupun sebelum pelancaran niaga hadapan oleh 2 platform niaga-hadapan (futures) Bitcoin iaitu oleh CBOE Global dan CME (Chicago Mercantile Exchange).

CME minggu lalu mengumumkan bahawa akan memulakan niaga-hadapan (futures) Bitcoin pada 18 Disember lewat sedikit berbanding CBOE. Manakala CBOE membuat kenyataan bahawa akan melancarkan perdagangan pasaran hadapan padan 10 Disember selepas mendapat kebenaran daripada Commodity Futures Trading Commission.

Kini jumlah modal pasaran bitcoin adalah sebanyak $235 billion.

Namun paras harga $14,000 tidak kekal lama jatuh sebentar sebelum naik menghampiri keparas $15,000 pada jam 2.50 petang, harga bitcoin kini ialah pada $14,862.40.

Harga ethereum yang merupakan matawang digital kedua mengalami kejatuhan kepada $437.57.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat