Harga Minyak Pun Tak Menentu! Kejap Naik, Kejap Turun

161

Harga minyak memadamkan keuntungan awal untuk kembali didagangkan lebih rendah pada hari Selasa ketika US dolar meneruskan pengukuhan.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut pada sekitar harga $76 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula jatuh pada $72 setong.

Kesepakatan dalam isu siling hutang pada hujung minggu pada awalnya memberi sokongan buat minyak mentah untuk didagangkan meningkat.

Namun, dengan risiko yang masih ada disebabkan ia masih perlu diluluskan oleh Kongres AS sebelum 5 Jun, pasaran kembali berhati-hati.

Tarikh akhir hutang hampir bertepatan dengan mesyuarat 4 Jun Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+.

Pada ketika ini, terdapat ketidakpastian sama ada mereka akan membuat pengurangan tambahan dalam pengeluaran di tengah-tengah kemerosotan harga minyak baru-baru ini.

Menteri Tenaga Arab Saudi Abdulaziz bin Salman minggu lalu memberi amaran kepada ‘short seller’ supaya berhati-hati mempertaruhkan bahawa harga minyak akan jatuh.

Pelabur melihat amaran tersebut sebagai isyarat bahawa OPEC+ mungkin akan melaksanakan pengurangan dalam pengeluarannya.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat