Harga Shiba Inu (SHIB) Gagal Naik Selepas Pelancaran Shiba Eternity

388

Pengumuman permainan Shiba Eternity gagal memberi lonjakan harga ketara kepada meme kedua terbesar di dunia Shiba Inu (SHIB) susulan hanya meningkat sebanyak 5% sejak 7 hari lalu.

Menurut Google Play, Shiba Eternity berjaya dimuat turun lebih daripada 10,000 kali ekoran permainan tersebut dapat dimuat turun pada peranti Android dan iOS.

Difahamkan, Shiba Eternity turut diperkenalkan sebagai permainan kad koleksi (CCG) paling kompleks yang pernah dilancarkan, tetapi harga token SHIB tetap gagal untuk mendaki tinggi.

Permainan tersebut dikatakan mempunyai 10,000 Shiboshi Heroes bersama 500 Collectible Cards yang memiliki 87 jenis kad.

Sementara itu, harga SHIB meningkat 1% dalam tempoh 24 jam lalu yang kini didagangkan pada harga purata $0.000011 dan jumlah dagangan menurun sebanyak 34% kepada $227.3 juta.

Walaupun begitu aset digital tersebut masih memegang had pasaran sekitar $6.3 bilion.

SHIB tetap merupakan token terbesar yang dipegang oleh top 100 ETH whales sungguhpun whales Ethereum terbesar telah menjual token SHIB dari wallet mereka.

Secara rekod, top 100 ETH whales memegang token SHIB berniali $140 juta manakala sebelum ini dilaporkan memegang sebanyak $161.5 juta nilai SHIB.

Dalam pada itu, kadar pembakaran SHIB menurun dengan ketara sepanjang 24 jam lalu dan 2.96 juta token SHIB telah dihantar ke wallet kripto yang tidak aktif selama beberapa tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat