Harga Susah Nak Naik, GBP/USD Masih Melekat Di Zon $1.2700

69

Pound Sterling pamer peningkatan awal di pembukaan sesi Eropah semalam ketika pasaran memberi tumpuan terhadap data inflasi UK yang diterbitkan.

Indeks harga pengguna (CPI) pada Julai catat angka 6.8%, sedikit tinggi berbanding ramalan 6.7%.

Namun jika diperhatikan, angka tersebut sebenarnya menunjukkan penurunan berbanding kadar inflasi bulan sebelumnya iaitu dari paras 7.9%.

Pound gagal mengekalkan prestasi cemerlang pada dagangan sesi berikutnya yang lebih didominasi oleh US dolar ketika perhatian pelabur beralih pula pada laporan minit mesyuarat FOMC.

Jangkaan untuk langkah pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) diteruskan menuju mesyuarat pada September nanti dilihat boleh menyokong pengukuhan US dolar sehingga ke penghujung minggu ini.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah berjaya membuat kenaikan dari paras 1.27000 sehingga mencapai ketinggian sekitar 1.276500 pada sesi Eropah.

Namun, kenaikan harga gagal diteruskan menyaksikan harga sedikit berundur dan akhirnya menutup dagangan sesi New York sekitar 1.27500.

Pergerakan harga walau bagaimanapun masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut, masih memberi isyarat untuk pergerakan bullish.

Untuk itu, harga perlu melantun semula dan membuat kenaikan mengatasi ketinggian dicapai semalam sebelum melanjutkan ke paras lebih tinggi.

Zon rintangan pada 1.28000 menanti untuk diuji oleh harga setelah beberapa minggu sebelum ini zon tersebut berjaya mengekang kenaikan.

Sementara, jika harga susut lebih rendah di bawah sokongan MA50 dan kemudiannya melepasi paras 1.27000, ini akan memberi amaran kepada pelabur untuk bersedia bagi kejatuhan harga lebih rendah.

Penurunan dilihat akan menuju ke zon support penting pada 1.26000 yang beberapa kali diuji sebelum ini namun masih belum ditembusi harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat