Hot Wallet Mark Cuban Digodam, $840K Lenyap Sekelip Mata!

378

“Mesti sedih kan Cuban, tapi nasib baik penggodam tu tak sempat ambil semua.”

Hot wallet pelabur terkenal Mark Cuban yang tidak aktif hampir lima bulan dilaporkan telah digodam pada 15 September tiga hari lepas apabila hampir $900,000 dalam mata wang kripto dikeluarkan secara pantas.

Menerusi pemerhatian, beberapa aset digital seperti USD Coin (USDC), Tether (USDT) dan Lido Staked Ether (stETH) telah dikeluarkan tiba-tiba dari wallet Cuban dalam masa 10 minit sahaja.

Bukan itu sahaja, USDC bernilai $2 juta yang turut dikeluarkan dan dihantar ke wallet telah menyebabkan detektif bebas blockchain dipanggil Wazz mengesyaki Cuban mungkin baru sahaja memindahkan aset digital beliau.

Namun, Cuban yang berkata bahawa beliau telah menggunakan Metamask buat kali pertama dalam beberapa bulan berpandangan penggodam mungkin sudah memerhatinya lama dan hanya menunggu masa sesuai untuk menggodam hot wallet itu.

Tambahnya lagi, beliau telah memindahkan baki aset digital yang tinggal kepada Coinbase Custody, jadi sini dapat mengesahkan transaksi $2 juta dalam USDC telah dilakukan oleh Cuban.

Bagaimanapun perlu diketahui seluruh komuniti kripto berpendapat penipu telah melakukan penggodaman tersebut melalui pelanggaran sekuriti berbanding hanya memerhati aktiviti dilakukan Cuban.

Meskipun begitu, sesetengahnya mencadangkan Cuban mungkin tersilap menandatangani urus niaga ‘berniat jahat’ manakala lain pula berpandangan kunci peribadinya telah terjejas susulan dana itu dipindahkan terus daripada wallet.

Terdahulu pada Jun 2021, Cuban pernah kehilangan jumlah modal dan menjadi mangsa “rug pull” selepas projek stablecoin dipanggil Iron Finance meletup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat