Hype Dah Pudar, Tapi Ada Orang Sanggup Beli NFT ‘Katak’ $1.6 Juta!

316

“Hmm agaknya kenapa individu nak beli NFT yang lagi mahal daripada harga asalnya?”

Semasa permintaan semakin lemah untuk non-fungible token (NFT), CrypToadz #4030 akhirnya berjaya dijual pada harga $1.6 juta di pasaran OpenSea dalam mata wang kripto Wrapped Ethereum (WETH) melalui Tornado Cash.

Amaun dibayar adalah lebih tinggi daripada kadar biasa susulan penjual telah meletakkan harga 0.53 ETH bernilai $835 kemudian naik sikit pada $940, tetapi pembeli sanggup bayar lebih sejuta dolar untuk projek PFP itu.

Menerusi pemerhatian, wallet membeli NFT CrypToadz telah dibiayai 1,116 ETH bernilai $1.76 juta daripada wallet lain, kemudian wallet itu menerima 1,200 ETH yang berharga $1.9 juta daripada perkhidmatan mixing coin ETH Tornado Cash pada September 2023.

Tornado Cash ialah perkhidmatan automatik yang membenarkan pengguna mengalirkan kripto mereka dari wallet melalui pencampuran dana daripada pelbagai pengguna ke dalam pool.

Memang tidak dinafikan Tornado Cash telah membenarkan pengguna berurus niaga kripto tanpa perlu bimbang tentang pengawasan, tetapi pihak berkuasa berpandangan ia adalah salah satu kaedah untuk mencuci wang.

Oleh demikian, perkhidmatan tersebut telah diharamkan di Amerika Syarikat (AS) susulan disekat oleh Jabatan Perbendaharaan pada tahun 2022.

Jadi di sini dapat dilihat pembeli NFT itu yang menggunakan Tornado Cash untuk menyalurkan sejumlah besar ETH ke dalam wallet pembiayaan telah cuba mencuci dagangan melalui pembelian NFT bagi merumitkan lagi aliran dana antara wallet kripto dan aset.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat