Ini Nasihat CTO Ripple Labs Untuk Para Pelabur Kripto!

11,801

Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Ripple Labs, David Schwartz menjadi perhatian susulan daripada tweetnya yang berbentuk nasihat kepada para pelabur kripto untuk pertimbangkan menjual matawang kripto.

“Jika anda memiliki sejumlah besar pegangan aset kripto, sila pertimbangkan untuk jual sebahagiannya bagi mengurangkan risiko. Ini bukan sebarang ramalan pasaran untuk masa akan datang.” @JoelKatz.

Schwartz turut menambah yang pelabur wajar menilai semula pendapatan mereka bagi setengah tahun dalam kripto dan/atau ‘hutang’. Malah, pelabur wajar menilai semula jika mereka memiliki separuh daripada pendapatan tahunan dalam kripto dan/atau ‘hutang’.

Manakan tidak, XRP telah meningkat 850% pada tahun lepas dan Bitcoin (BTC) pula naik 790% mencecah $63,000. Sekurang-kurangnya ia khabar gembira bagi long term hodlers.

Nasihat itu nampaknya tidak hanya khusus kepada pelabur di luar sana. Malah, Schwartz secara peribadi mengaplikasikan nasihat tersebut.

Secara ringkasnya, pada 2019 Schwartz mengaku telah menjual Ethereum (ETH) yang bernilai $40,000 sebelum kemuncak bullish pada 2017 untuk membeli panel solar. Ekoran daripada insiden tersebut, figura itu meluahkan kekesalannya kerana telah menjual kesemua pegangannya.

Apabila difikirkan semula, ada benarnya nasihat Schwartz. Apabila pelaburan berisiko anda sudah mula membuahkan hasil lumayan, lebih baik tukarkan keuntungan itu kepada sesuatu yang lebih stabil.

Disebabkan itu, dana persaraan akan diseimbangkan semula setiap tahun untuk meningkatkan peratusan bon yang berkait dengan stok. Ia mengunci pendapatan.

Namun, tweet Schwartz muncul ketika perbicaraan saman Securities and Exchange Commission (SEC) terhadap Ripple Labs masih berlangsung dan ini menimbulkan sedikit kontroversi. Kebiasaannya eksekutif firma akan menjauhkan diri daripada perhatian umum kerana kekhuatiran bicara mereka boleh menjadi bukti.

Sekali lagi, nasihat Schwartz tidak hanya menfokuskan kepada XRP sebaliknya dilontarkan kepada semua matawang kripto baik Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) atau yang lainnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat