Ini Rupanya Sebab USD/CAD Jatuh Lebih Rendah!

249

Dolar Kanada antara yang memaparkan prestasi cemerlang pada dagangan pembukaan awal minggu semalam yang berjaya pamerkan pengukuhan.

Sementara US dolar pula kembali semula ke landasannya untuk bergerak lemah semula seperti minggu-minggu sebelum ini walaupun berjaya pamerkan sedikit pengukuhan pada penutup dagangan penghujung minggu lalu.

Dengan faktor dasar bank pusat Kanada yang telah menghentikan pengetatan dasar, berkemungkinan akan memberi risiko kepada pelabur sekiranya dolar Kanada kembali bergerak lemah.

Namun, perkembangan krisis perbankan ketika ini yang sedikit mereda dilihat akan menyumbang kepada peningkatan harga minyak ekoran permintaan dari China yang dijangka pulih.

Ini sekaligus akan menyokong Loonie untuk kekal positif disebabkan minyak mentah merupakan komoditi eksport utama di Kanada.

Justeru, dengan pengukuhan CAD dan penyusutan USD, memberi indikasi yang jelas pergerakan menurun harga yang berlaku pada carta pasangan USD/CAD.

Jika diperhatikan, setelah harga menguji rintangan pada 1.38000 pada Jumaat lalu, penurunan telah berlaku semula menyambung hingga dagangan awal minggu ini ke zon tumpuan 1.36500 semalam.

Pergerakan harga yang telah berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD itu turut menambah faktor jangkaan pergerakan bearish harga.

Penurunan masih diteruskan pada hari ini (Selasa) sehingga ke sesi Eropah, walaupun pada tempo perlahan harga telah menjejaki sekitar 1.36300.

Penurunan yang berjaya dilanjutkan dilihat akan menuju sehingga ke 1.35000 untuk harga menguji zon support tersebut.

Susut lebih rendah, paras 1.34000 pula akan jadi sasaran seterusnya harga.

Namun, jika situasi berubah menyaksikan harga berubah arah membuat kenaikan semula, halangan MA50 akan diuji terlebih dahulu sebelum harga akan cuba mencapai kembali paras rintangan 1.38000.

Jika berjaya melepasi rintangan tersebut, harga akan catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu menuju ketinggian dicapai awal Mac lalu pula sekitar 1.38600.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat