Internet Computer (ICP) Mahu Hadirkan Kontrak Pintar Ke Rangkaian Bitcoin Melalui “Chain Key”

593

Projek kripto Internet Computer (ICP) yang dibangunkan oleh Dfinity Foundation dikhabarkan telah melengkapkan roadmap bagi sepanjang 2022.

Difahamkan ICP bakal melancarkan integrasi dengan rangkaian Bitcin dan Ethereum, seawal-awalnya pada hujung tahun ini.

Integrasi bersama Bitcoin

  • Dilancarkan sebagai sebahagian projek Dfinity – “Chromium Satoshi Release” untuk suku pertama (Q1) 2022.
  • Integrasi ini menghadirkan kontrak pintar ke dalam Bitcoin menggunakan kriptografi, “Chain Key”.
  • Kehadiran Chain Key memansuhkan ‘penghubung (bridge)’ yang mudah untuk diserang oleh penggodam.
  • Fungsi kontrak pintar juga memudahkan lagi pemilikan, pengiriman, dan penerimaan Bitcoin tanpa kehadiran kunci peribadi (private keys).

Integrasi bersama Ethereum

  • Dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga (Q3) 2022 melalui projek “Vanadium Vitalik Release”.
  • Dfinity masih belum memberi penjelasan berkaitan projek ini.

Sebagai rekod, Dfinity telah pun lancarkan kontrak pintar ‘Canisters’ pada Disember 2021, membolehkan baki token ICP tersimpan di dalam Internet Computer.

Tidak cukup dengan itu, pada 28 Januari pula rangkian ini menyaksikan perlabuhan bursa desentralisasi (DEX), Sonic termasuk lagi dua DEX yang juga berfungsi dengan baik.

Apa-apa pun, pembangun-pembangun utama ICP yakin dengan kehadiran Canisters yang mampu menjadi tumpuan sebaik sahaja integrasi antara BTC dan ETH berlaku.

Sejak mencatatkan nilai tertinggi bulanan, $38 pada 5 Januari, harga ICP mencatatkan penyusutan tragik ke paras $18.54 ketika penulisan artikel ini.

Bagaimanapun untuk rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $750.73 pada 10 Mei lalu, ICP memerlukan lonjakan sekurang-kurangnya 98% untuk tebus prestasinya terdahulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat