Jack Ma Buat Keputusan Mengejut Lepas Kuasa Dalam Ant Group!

330
  • Ant Group adalah syarikat gabungan Alibaba 
  • Jack Ma pemegang saham terbesar Ant Group
  • Akan memegang hanya sekitar 6% sahaja selepas perubahan

Jutawan China, Jack Ma tidak lagi akan mengawal Ant Group selepas bersetuju untuk membentuk semula struktur pegangan sahamnya.

Sebelum penstrukturan semula, pengasas gergasi teknologi kewangan itu memiliki lebih 50% hak mengundi di Ant melalui Hangzhou Yunbo dan dua entiti lain.

Bagaimanapun, selepas perubahan dalam struktur tadbir urus, beliau akan mengawal sekitar 6%, menurut kenyataan Ant Group.

Syarikat itu juga berkata bahawa 10 pemegang saham utamanya termasuk Jack Ma, telah bersetuju untuk tidak lagi bertindak secara bersama apabila melaksanakan hak bersuara mereka dan hanya akan mengundi secara bebas.

Ekoran daripada itu, tiada pemegang saham akan mempunyai kawalan tunggal atau bersama ke atas Ant Group.

Rombakan hak mengundi dibuat selepas pengawal selia China menarik balik IPO Ant $37 bilion pada November 2020, dan mengarahkan syarikat itu menstruktur semula perniagaannya.

Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat, unit kewangan pengguna Ant memohon pengembangan modal berdaftarnya kepada $2.7 bilion dan ia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan dan Insurans China minggu lepas.

Rentetan daripada laporan tersebut, saham Alibaba yang disenaraikan di Hong Kong melonjak lebih 5%, manakala saham Longshine Technology Group Ltd, Jilin Zhengyuan, Shanghai Golden Bridge di mana Ant memiliki lebih 5% kepentingan juga meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat