Jobless Claims A.S Mencatat Peningkatan Terbesar Sejak Jun Pada Bulan Oktober!

298

Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) awal meningkat kepada paras tertinggi sejak Jun pada minggu lepas. Ini menunjukkan tanda bahawa ekonomi semakin lemah berikutan kesan pertikaian perdagangan yang berlarutan dengan rakan dagangan utama.

Jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran awal meningkat kepada 225,000 bagi minggu berakhir pada 9 November berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 211,000 tuntutan. Bacaan ini juga tersasar daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan peningkatan kepada 215,000 pada minggu lepas.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Disisi lain, indeks harga pengeluar di Amerika Syarikat turut naik sebanyak 0.4% pada bulan Oktober 2019, kembali pulih jika dibandikan daripada penurunan 0.3% pada bulan September. Peningkatan indeks harga pengguna pada bulan Oktober mencatat peningkatan terbesar dalam tempoh 6 bulan. Bacaan pada bulan Oktober juga melebih sasaran yang disasarkan oleh penganalisis yang menjangkakan peningkatan hanya sebanyak 0.3%.

Pada tahun ini, the Fed telah menurunkan kadar faedah sebanyak 3 kali sehingga paras sasaran itu antara 1.5% ke 1.75%. Powell juga mengatakan bahawa ekonomi berada dalam keadaan “baik” dan kelihatan tidak memerlukan lebih rangsangan jika data masih kekal konsisten.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sedikit sebanyak 0.01% pada paras 98.240 setakat jam 11.05 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat