Kalau GBP/JPY Kekal Bullish, Harga Akan Catat Paras Tertinggi 8 Minggu

109

Jangkaan trader untuk menyaksikan harga menyambung corak kenaikan pada carta pasangan mata wang GBP/JPY meleset apabila penurunan kembali dipaparkan semalam.

Pada Isnin lalu, kenaikan bertenaga ditampilkan harga sehingga mencapai paras ketinggian pada 161.200 sebelum sedikit susut ke sekitar 160.500.

Kenaikan diteruskan lagi pada Selasa sehingga mencapai ketinggian 162.00. Harga yang menguji zon rintangan tersebut dilihat gagal menembusinya.

Pada dagangan Rabu semalam, corak penurunan mula dipamerkan sehingga harga mencecah sekitar 160.700.

Walaupun sedikit meningkat sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia hari ini (Khamis), harga dilihat bergelut untuk berada di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY yang mengisyaratkan penurunan berkemungkinan akan berterusan.

Pelabur masih memantau kesan data-data ekonomi UK yang diterbitkan untuk petunjuk dasar monetari bank pusat bagi menilai kekuatan mata wang Pound.

Sementara pelabur juga turut berwaspada terhadap dagangan Yen Jepun selepas campur tangan bank pusat dalam pasaran.

Sekiranya penurunan harga berlaku lagi hari ini, paras sokongan sekitar 160.500 bakal diuji dan berkemungkinan akan ditembusi untuk harga ke paras lebih rendah.

Penurunan lanjut harga dilihat akan menuju sasaran sehingga 157.700 yang menjadi sokongan buat harga pada dagangan minggu lalu.

Namun, jika harga berjaya melakukan lonjakan semula, paras rintangan 162.00 berpotensi untuk ditembusi harga.

Seterusnya kenaikan harga akan diteruskan untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu ke zon 164.500.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat