Ke Mana Hala Tuju Pound Selepas Campur Tangan BOE?

224

US dolar kembali mendapat rentak untuk bangkit semula setelah kehilangan lebih 1% pada Rabu susulan impak daripada campur tangan Bank of England (BOE) semakin pudar.

Bagaimanapun, raja mata wang itu masih berada jauh dari puncak tertinggi 20 tahun 114.78 yang dicapainya pada Rabu, menyaksikan indeks dolar didagangkan pada 113.50 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang pound melonjak paling tinggi sejak pertengahan Jun sebaik sahaja BOE mengumumkan rancangan pembelian bon kecemasan untuk menyokong pasaran bon yang telah jatuh mendadak bersama-sama dengan nilai pound.

Namun, berdepan dengan ketidakpastian dalam pengurusan ekonomi UK dan prospek pertumbuhan global, keuntungan yang diraih pound mula mereda dan euro pula melemah.

Euro telah dilemahkan bacaan menyuramkan data inflasi tahunan Sepanyol yang menurun kepada 9% pada September daripada 10.5%.

Pelabur akan meneliti bacaan inflasi Jerman yang juga akan dikeluarkan pada sesi Eropah bagi dijadikan petunjuk untuk hala tuju dasar bank pusat Eropah (ECB).

Ketika tumpuan pelabur terarah kepada mata wang pound, dagangan yen mencatatkan kerugian sederhana berbanding dolar greenback.

Sementara itu, dolar Aussie dan New Zealand juga memaparkan penyusutan selepas meningkat sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat