Kebuluran Dunia Terus Meningkat, Ekonomi Dunia Capai Inflasi 2 Digit

1,679

‘Inflasi makanan terus menjadi penyumbang utama kesengsaraan dunia.’

World Bank Group mengunjurkan kebanyakan negara akan mengalami kadar kemiskinan tinggi dengan situasi ekonomi dunia kian merudum dengan tekanan inflasi serta kemungkinan kemelesetan.

Kenyataan tersebut disokong dengan faktor lonjakan pada harga makanan yang disebabkan oleh perang Ukraine, gangguan rantaian bekalan dan keruduman ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Ia menurut World Bank Group boleh menerbalikkan atau mengancam keuntungan yang dicapai sebelum ini.

Setakat 29 Julai, indeks harga pertanian melonjak 19% berbanding catatan Januari 2021 lalu dengan harga jagung serta gandum meningkat 16% dan 22% pada tempoh sama.

Perkara ini secara tidak langsung menggariskan bahawa inflasi makanan terus menjadi masalah utama diseluruh dunia.

Dalam pada itu, beberapa negara dijangka mengalami peningkatan kadar inflasi sebanyak 2 digit berdasarkan data terkumpul dari bulan Mac sehingga Jun.

Diulas bahawa 93.8% negara berpendapatan rendah, 89.1% negara berpendapatan sederhana rendah dan 98% negara berpendapatan sederhana atas menyaksikan paras inflasinya melebihi 5%.

Memburukkan lagi keadaan, 78.6% negara berpendapatan tinggi juga mengalami tekanan inflasi makanan.

Umumnya, harga makanan sememangnya sudah tinggi sebelum perang melanda dengan komoditi utama seperti gandum, jagung, minyak makan dan baja terus berada dalam tekanan.

Di samping itu, laporan State of Food Insecurity in the World 2022 memperlihatkan sejumlah 828 juta orang terjejas akibat kebuluran pada 2021, iaitu peningkatan 46 juta sejak 2020 dan 150 juta sejak 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat