Kerajaan AS Mahu Peperangan, Robert Kiyosaki Desak Gandakan Pegangan BTC!

759

“Sejak dahulu lagi Robert Kiyosaki memang lantang bersuara, tak tahu kali ini betul ke tidak.”

Robert Kiyosaki, pengarang terkenal ‘Rich Dad Poor Dad’ yang berpandangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak lagi mengambil berat tentang rakyatnya telah menggandakan pegangannya dalam mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan emas.

Menurutnya kepada 2.4 juta pengikut beliau dalam platform media sosial X, para pelabur harus membeli sebanyak mungkin BTC untuk mempertahankan diri susulan pemimpin AS mahukan lebih banyak peperangan dan kemiskinan.

Oleh demikian, Kiyosaki sekali lagi menegaskan bahwa rakyat AS harus bekerja keras, berbelanja secara bijak, simpan emas, perak termasuk BTC.

Hal ini kerana Federal Reserve (Fed) pada masa ini sedang mengumpul emas, tetapi bukanlah untuk menyokong mata wang fiatnya sebaliknya ingin melindungi bank dan menyelamatkan diri daripada salah urusnya sendiri, ulas Kiyosaki lebih lanjut.

Beliau turut mendedahkan bahawa orang kaya lebih berminat aset bebas cukai seperti hartanah sewa, minyak dan pengeluaran makanan berbanding mata wang fiat susulan wang direka selalunya dikurangkan dalam kualiti atau nilai melalui pelbagai cara.

Menerusi pemerhatian, orang kaya suka menyimpan emas, perak dan BTC daripada simpan wang tunai manakala golongan miskin serta pertengahan pula mahukan pekerjaan yang menjanjikan gaji tetap tetapi tidak menawarkan jaminan pekerjaan.

Golongan miskin dan pertengahan yang bekerja di pekerjaan yang membayar pendapatan secara tunai boleh dikenakan cukai, kemudian mereka akan menyimpan wang tunai dan melabur dalam sama, bon, dana bersama termasuk ETF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat