Wah! Kini Anda Boleh Gunakan Kad Debit Untuk Naik KTM

505

KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memberikan khidmat perjalanan bagi mengatasi masalah lalu lintas di kawasan Lembah Klang.

Baru-baru ini, mereka baru sahaja mengumumkan berkenaan sokongan pembayaran menggunakan kad debit di ACG (Automatic Control Gate) sekaligus memperluaskan inisiatif kepada pengguna semasa ingin melakukan pembayaran.

Kemudahan ini sudah mula dimanfaatkan pada 11 November 2023 (Sabtu) dengan hanya mengimbas kad debit di ACG untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Buat masa sekarang, kaedah pembayaran ini hanya boleh digunakan pada semua stesen perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang – Utara dan hanya kad bank tempatan sahaja yang dibenarkan.

Pihak KTM juga turut menekankan bahawa nilai pegangan sementara sebanyak RM30 itu akan dipulangkan semula dalam tempoh masa sehari ke tiga hari. Jika gagal, KTM Komuter akan menyenarai hitamkan kad debit penumpang tersebut dan mereka perlu membuat pembayaran secara tunai di stesen berdekatan.

Pengumuman ini baru sahaja dibuat melalui laman sosial rasmi X (Twitter) @ktm_berhad pada Ahad lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat