Keuntungan BTC Separuh Tahun Adalah Yang Terburuk, Bagaimana Dengan Nasib BTC Pada 2021?

1,341

Kegilaan terhadap kripto semakin pudar sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan bitcoin mencatat kerugian tiga bulan berturut-turut sehingga bulan Julai. Berdasarkan sejarah pasaran kripto, pembetulan harga ini adalah paling lama sejak September 2019.

Ditambah pula keuntungan separuh tahun pertama tahun 2021 ini hanya mampu mencatat 20%. Ini adalah angka keuntungan terendah untuk tempoh yang sama sejak tahun 2018. Sebelum ini pasaran kripto telah meningkat sebanyak 27% dan 187% pada separuh pertama tahun 2020 dan 2019. Pada H1 tahun 2018, harga bitcoin telah turun 58%.

Antara faktor yang mendorong hal ini adalah kenyataan yang datang dari CEO Tesla, Elon Musk dan langkah pengharaman kripto dari China. China telah mengarahkan agar semua operasi perlombongan Bitcoin dihentikan pada bulan Jun yang lepas kerana kembimbangan terhada penggunaan tenaga.

Selepas lonjakan harga besar-besaran dalam pasaran kripto dengan Bitcoin mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu $ 64,804.72 pada awal April 2021, harga BTC telah menurun sebanyak 50% sehingga ke paras di bawah $ 30,000. Hal ini telah membimbangkan banyak pelabur sehingga sebahagian darinya mengundurkan diri dari dunia kripto buat sementara waktu.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Glassnode, pergerakan purata 7 hari bagi ‘address’ BTC yang aktif dalam rangkaian telah mencapai tahap terendah sejak April 2020, yang menggambarkan kejatuhan permintaan aset digital.

 

 

Disisi lain, keuntungan BTC bagi H1 juga adalah lebih rendah dari pulangan minyak mentah WTI yang telah meningkat lebih dari 50% menjadi $ 73, pada 30 Jun 2021.Menurut para pakar, kejatuhan harga bitcoin baru-baru ini menghadirkan peluang kepada para pelabur untuk membeli kripto dengan kos yang lebih rendah.

Menurut Shivam Thakral, CEO, BuyUcoin, pelabur yang pintar adalah mereka yang membeli ketika pembetulan harga. Tindakan tegas oleh China, dasar monetari AS, sekatan perlombongan oleh Iran, dan ketidakpastian peraturan di beberapa negara adalah antara beberapa faktor yang menyumbang kepada penurunan harga. Walaubagaimanapun, pihak kami masih optimis dengan pasaran kripto kerana kripto selain BTC masih menujukkan kenaikan.

Para pemain industri sebahagian berpendapat bahawa walaupun terdapat sentimen negatif jangka pendek seperti yang datang dari China namun masih terdapat sentimen yang positif seperti langkah yang diambil oleh El Salvador.

Menurut jurucakap CoinDCX, pihak kami masih positif mengenai prospek jangka panjang bitcoin. Dalam masa yang sama menekankan agar para pelabur tetap berhati-hati dengan kekal memerhatikan ‘support’ dan ‘resistance’ dalam jangka pendek ini.

Harga BTC setakat ini didagangkan pada harga $33,331.09, jatuh 0.48% dalam tempoh 24 jam.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat