Luka Kembali Pulih, BTC Pacak Semula Ke $71,000!

272

“Halving dah makin dekat, adakah harga BTC akan teruskan kenaikan atau jatuh?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya menuntut semula paras $71,000 pada 25 Mac semalam setelah pengumpulannya diteruskan sehingga menyebabkan Coinbase melihat bekalan BTC terendah dalam sembilan tahun.

Dari segi penawaran, rizab BTC di Coinbase yang capai paras terendah sembilan tahun kira-kira 344,856 pada 18 Mac 2024 telah menunjukkan pelabur bertindak menyambung semula pengumpulan BTC di luar bursa kripto.

Kali terakhir rizab BTC di Coinbase berada pada paras terendah sama adalah pada 2015 manakala jumlah baki BTC dalam address pengumpulan pula melantun semula pada lebih 3.2 juta BTC yang menghampiri rekod tertingginya.

Dalam kes ini, address pengumpulan ialah address yang memiliki lebih 10 BTC dan tiada urus niaga keluar atau hubungan bersama bursa berpusat serta firma mining.

Mempamerkan lagi corak pengumpulan yang makin meningkat, aliran masuk BTC ke address pengumpulan yang cecah paras tertinggi sepanjang masa 25,300 BTC pada 22 Mac 2024 telah menunjukkan pelabur besar mungkin buat betting lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, rizab BTC di semua bursa kripto cecah paras terendah tiga tahun 1.92 juta BTC pada 25 Mac 2024, jadi di sini dapat dilihat harga BTC mungkin masih mempunyai lebih banyak ruang untuk kenaikan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 5.10% pada paras $70,020 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 3.34% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat