Malaysia Jadi Belasahan? Ringgit Tewas Ketara Dengan Dolar AS

664

Ringgit Malaysia (RM) dibuka rendah berbanding dolar AS untuk kali kedua berturut-turut dan mata wang Amerika Syarikat itu juga turut mengukuh tinggi berbanding beberapa kumpulan mata wang utama dunia yang lain.

Tepat jam 10.40 pagi tadi, ringgit berada pada paras 4.6675 berbanding ia ditutup semalam sekitar paras 4.6453 di sesi dagangan Asia.

Menurut Rakan Pengurusan SPI Asset, Stephen Inned berkata terdapat sedikit tarikan belian untuk dolar AS berikutan kebimbangan geopolitik dan ketidakstabilan pasaran di Timur Tengah, Amerika Syarikat dan China.

Katanya lagi, pasaran akan memperhatikan isyarat penting berdasarkan ucapan daripada pegawai Federal Reserve (Fed) mengenai kemungkinan pemotongan kadar faedah pada Mac nanti.

Buat masa ini, aktiviti dagangan lebih lemah berikutan tidak berlakunya pemotongan kadar faedah dari China dan memberi sedikit kesan negatif untuk pertumbuhan ekonomi. Jadi, terdapat sedikit kesan berganda pada bahagian dasar.

Sementara itu, Afzanizam Rashid pula berkata terdapat mod ‘risk-off’ selepas China dilaporkan mengalami trend deflasi dengan indeks harga penggunanya mencatatkan data negatif selama tiga bulan berturut-turut.

Pada masa yang sama, Bank of China mengejutkan pasaran dengan tidak mengurangkan kadar faedahnya dan dolar AS memperoleh kekuatan berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit juga dilihat didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia yang lain. Ia melemah berbanding euro, pound Britain dan yen Jepun.

Bukan itu sahaja, ringgit juga tewas berbanding kumpulan mata wang Asean seperti dolar Singapura, baht Thailand, rupiah Indonesia dan peso Filipina.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat