Matawang Eropah menjadi tumpuan minggu ini

101

Kebanyakan pasangan matawang didagangkan dengan lebih tinggi berikutan kekuatan keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat.

SnP 500
S&P 500 Daily
DJ
Dow Jones Daily

Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 dicatat menguat ke paras yang tertinggi setelah central banks dilihat sedang merangsang ekonomi.

Tiada tindakan yang terdekat pada minggu ini kecuali mesyuarat dasar kewangan polisi oleh European Central Bank pada khamis ini.

ECB dijangka tidak akan terburu-buru untuk merangsang ekonomi mereka bagi mengelakkan kejutan kepada pasaran.

Walaubagaimanapun, Mario Draghi dengan berhati-hatinya memberitahu kita bahawa mereka sedang memerhati pasaran dengan lebih dekat dan bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan jika diperlukan.

Pada minggu hadapan kita akan melihat Bank of Japan akan mula melaksanakan beberapa tindakan tetapi buat masa sekarang, dilihat pergerakan Yen masih lagi lemah.

Peningkatan yield Amerika Syarikat sekaligus merancakkan USD/JPY. Kalendar ekonomi Amerika Syarikat dilihat agak lengan minggu ini jadi USD tidak akan bergerak secara drastik, tambahan lagi dengan data negara lain yang akan menggerakkan pasaran minggu ini.

Matawang Eropah

Dalam masa yang sama, fokus utama kita adalah kepada matawang Eropah. Selain daripada mesyuarat ECB pada khamis ini, data PMI Eurozone juga akan dikeluarkan.

Tumpuan juga diberikan kepada matawang yang menggila akibat berlakunya Brexit hari itu iaitu Pound Sterling.

Sepertimana yang kita lihat, keputusan Brexit sedikit sebanyak membuatkan ekonomi UK merosot tetapi seteruk manakah akibatnya menjadi persoalan.

Pada minggu ini kita akan dapat lihat kesan Brexit dengan keluarnya data-data yang signifikan seperti :

  1. Laporan harga pengguna
  2. Data jualan runci
  3. Laporan pasaran buruh

Data dan laporan ini akan menyiarkan keadaan ekonomi bagi keseluruhan untuk bulan Jun. Ia tidak akan menyatakan impak daripada Brexit, namun jika data yang dikeluarkan agak kurang baik maka tanggapan mengenai ekonomi setelah Brexit lebih teruk.

Sterling didagangkan dengan harga yang tinggi pada hari isnin kerana aliran M&A dan komen daripada Weale yang mahukan bukti lebih kukuh untuk memotong interest rate pada Ogos nanti.

Volatility tinggi pada GBP/USD menunjukkan masih adanya ketidakpastian dalam pasaran namun GBP masih lagi dilihat masih lemah dari timeframe yang lebih besar.

Kemungkinan besar laporan ekonomi UK pada minggu ini akan memberi kejutan negatif kepada Pound dan Pound akan kembali ke bawah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat