Mencemaskan! Pergerakan Emas Ibarat Roller Coaster

589

Harga emas kembali stabil setelah menempuh sesi dagangan yang tidak menentu ketika sesi New York.

Dagangan emas yang pada mulanya memaparkan lonjakan ke paras tertinggi empat bulan sehingga menyentuh harga $1,890 per auns, kembali merosot selepas laporan minit mesyuarat FOMC dikeluarkan.

Walaupun Federal Reserve (Fed) berulang kali mengatakan bahawa bank pusat tidak akan mengubah dasar monetarinya, namun, pada hakikatnya terdapat beberapa pegawai Fed yang bersedia untuk berbicara mengenainya.

Meskipun tiada pernyataan secara langsung mengenai pengurangan pembelian bon (tapering), tetapi beberapa pembuat dasar menyatakan kesediaan mereka itu membincangkan rancangan untuk menyesuaikan kadar pembelian aset.

Pernyataan ini nyata mengejutkan pasaran yang menganggap bank pusat akan terus dovish dengan dasar monetarinya yang longgar berdasarkan ucapan-ucapan dari pembuat dasar sebelum ini.

Ini telah mendorong raja matawang US dolar kembali melonjak dan hasil bon AS 10 tahun meningkat lebih tinggi sehingga ke tahap hampir 1.7%.

Memasuki sesi Eropah, harga emas diniagakan stabil di sekitar harga $1,875 per auns, dengan kenaikan 0.3%. Niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,786 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat