Mengujakan! Solana (SOL) Sedang Mara Untuk Tembus $300?

405

Grayscale Investments umumkan produk pelaburan terbaru yang berasaskan mata wang kripto, Solana (SOL) dalam twit terbarunya semalam:

Pengumuman yang mengujakan itu mendorong lonjakan harga SOL hampir 7%, ke paras tertinggi harian, $218.04.

Pada masa yang sama, SOL pamerkan pergerakan yang positif sejak 28 November dengan lonjakan hampir 21% dari paras $180.50.

Pelabur menjangkakan SOL akan mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, $300 dalam masa terdekat susulan daripada pengumuman daripada Grayscale.

Menurut penganalisis, pergerakan SOL bergantung kepada seluruh ekosistem Solana yang merangkumi semua aspek termasuk jumlah nilai terkunci (TVL), non-fungible token (NFT), dan pengumuman.

Grayscale tertarik dengan pertumbuhan Solana yang luar biasa sepanjang 2021 sebagai pesaing Ethereum (ETH).

Dikatakan ekosistem ini berjaya menarik lebih 500 projek berkaitan kewangan desentralisasi (DeFi), NFT, Web 3.0, dan banyak lagi. Setakat ini, Solana menampung 1.2 juta pengguna aktif dan salah satunya adalah bursa derivatif desentralisasi, Serum.

Bagaimanapun, ketika penulisan SOL didagangkan pada $214.94, meningkat lebih 3% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat