Menteri Jepun dan Amerika Syarikat Adakan Pertemuan Kali Kedua

212

Jepun dan Amerika Syarikat (AS) sedang berusaha untuk merapatkan jurang perdagangan dengan wakil rundingan daripada kedua-dua negara tersebut bakal bertemu pada minggu ini. Namun harapan untuk perjanjian dicapai pada September ini kian pudar setelah kedua-dua pihak gagal mewujudkan konsesi untuk sektor pertanian dan automobil.

Menteri Ekonomi Jepun, Toshimitsu Motegi dan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer akan mengadakan pertemuan selama dua hari di Washington D.C bermula Rabu, yang mana merupakan pertemuan kedua mereka pada bulan ini.

Objektif rundingan adalah untuk mewujudkan asas bagi pertemuan antara Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan juga Presiden AS, Donald Trump dalam acara sampingan ketika persidangan kemuncak G7 pada bulan ini di Perancis untuk kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju hubungan perdagangan.

Dalam rundingan perdagangan yang berbeza bersama China dan Eropah, Presiden Trump dilihat lebih berminat untuk menjalinkan kerjasama lebih awal bersama Jepun untuk membuka peluang dagangan dalam sektor pertanian serta sekatan eksport auto Jepun.

Jepun juga mengharapkan tempoh untuk rundingan bagi mengelakkan dikenakan tarif sehingga 25% ke atas eksport automobil ke Amerika Syarikat. Donald Trump sebelum ini mengancam sekatan tersebut demi keselamatan negara pada Mei lalu, namun menunda tarif tersebut sehingga enam bulan.

Pada pertemuan sebelum ini, Motegi dan Lighthizer telah bersetuju untuk mencapai matlamat lebih luas sehingga Presiden Abe dan Presiden Trump dijadualkan bertemu dalam mesyuarat di New York akhir September nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat