Meroket Ke $0.68, Peguam Kripto Lihat 99.9% Kemenangan Untuk Ripple!

1,329

“Naik tinggi gila kot, mesti pelabur tak sabar kan nak tengok harga XRP lepas $0.70.”

Mata wang kripto Ripple (XRP) pada awal pagi ini sudah memberi kejutan apabila harganya berjaya melepasi $0.68 di mana pada Jumaat lepas aset digital tersebut masih didagangkan antara $0.59 dan $0.61.

John Deaton, peguam pro-XRP yangi berkongsi perspektifnya berkenaan tuntutan mahkamah antara XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah berpandangan penyelesaian bernilai $20 juta atau ke bawah akan menyebabkan kemenangan undang-undang berpihak kepada aset digital itu.

Bukan itu sahaja, Deaton turut meluahkan ketidaksetujuannya apabila terdapat tanggapan yang mengatakan bahawa kemenangan tuntutan mahkamah untuk SEC adalah 50-50.

Hal ini kerana beliau berpendapat kebarangkalian untuk XRP menang adalah 90-10 susulan landskap kawal selia lebih luas yang mengelilingi aset digital itu adalah sangat positif ditambah pula XRP semakin rancak menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.

Kenaikan harga XRP pada masa ini mungkin turut didorong oleh keputusan pusingan kedua dalam kes antara SEC dan Govil yang telah memberi tamparan undang-undang hebat kepada pengawal selia itu sehingga mewujudkan gelombang keyakinan dalam kalangan pelabur XRP.

Baru-baru ini pula, Hakim Analisa Torres telah meluluskan perintah mengenai permintaan SEC dan Ripple yang ingin mencadangkan jadual taklimat, oleh itu kedua-dua pihak tersebut harus mengemukakannya selewat-lewatnya pada 9 November 2023.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, zon rintangan kuat XRP adalah pada $0.68, jadi harganya perlu tembus paras tersebut untuk meneruskan kenaikan sehingga $0.73 tetapi jika gagal maka aset mampu tergelincir semula pada $0.60 ataupun $0.58.

Setakat penulisan ini, harga XRP menggunung sebanyak 9.55% pada paras $0.68 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $36 bilion seterusnya merekodkan pendakian 22.89% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat