Minecraft Nafi Sebarang Perkaitan Dengan NFT & Blockchain

482

‘Kedua-duanya menggunakan idea yang sama cuma aplikasi yang berbeza.’

Permainan berkonsepkan open world popular, Minecraft menafikan sebarang perkaitan dengan blockchain dan non-fungible tokens (NFT) dalam perkhidmatannya.

Perkara ini diterangkan oleh Mojang Studio, syarikat pemaju permainan milik Microsoft, dalam satu ketegangan bagi menjernihkan beberapa isu yang timbul.

Dikatakan Minecraft tidak merancang untuk menyepadukan NFT mahupun teknologi blockchain dalam permainan mereka bagi mengelakkan ketidaksamaan.

Diperjelaskan bahawa teknologi blockchain sukar untuk disepadukan dalam aplikasi klien dan pelayan mereka selain ia tidak boleh digunakan untuk mencipta NFT yang sering dikaitkan dengan kandungan permainan seperti utiliti.

Tambah keterangan itu lagi, ia mahu memastikan pemain mendapat pengalaman permainan yang adil tanpa kelebihan kewangan dan menyepadukannya dengan blockchain akan mengubah dinamik permainan.

Sebagai pengetahuan permainan Minecraft yang popular di benua Amerika Syarikat (AS) dan The Sandbox, peneraju permainan blockchain memiliki banyak persamaan.

Daripada segi paparan permainan, kedua-duanya menggunakan konsep open world  yang membolehkan pemain berinteraksi dengan satu sama lain dan mengguna imej pixel terhadap avatar serta persekitaran.

Perbezaan ketara antara kedua-duanya adalah penggunaan NFT, di mana setiap utiliti dalam Minecraft boleh dicipta sendiri pemain berbanding membelinya dengan menggunakan kripto.

Dalam pada itu, Mojang berkata bahawa mereka akan terus meneliti perkembangan teknologi blockchain bagi memastikan tidak berlaku sebarang pelanggaran prinsip dalam pengalaman aplikasi praktikal dan inklusif permainan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat