Minta Maaf, USD Masih Gagal Untuk Bangkit!

593

Pergerakan pasaran kekal terbatas pada sesi Eropah, menyaksikan US dolar terus didagangkan suram pada sekitar paras terendah satu bulannya.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama diniagakan pada 102.38.

Ini menunjukkan kewaspadaan pelabur menantikan keterangan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres Amerika Syarikat pada hari Rabu dan Khamis.

Namun sebelum itu, beberapa penggubal dasar Fed yang lain akan memberi ucapan pada sesi New York malam ini termasuk, James Bullard dan John Williams.

Sementara itu, pelabur pada sesi Asia telah diperlihatkan dengan keputusan bank pusat China (PBOC) yang memutuskan untuk menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 10 mata asas seperti dijangkakan.

Melalui keputusan itu, kadar utama pinjaman setahun turun daripada 3.65% kepada 3.55% dan kadar utama pinjaman lima tahun dipotong kepada 4.2% daripada 4.3%.

Hal ini mendorong mata wang yuan merosot pada 7.1775 berbanding greenback menghampiri paras terendah 7 bulan yang disentuhnya minggu lalu pada 7.1819.

Dalam pada itu, dolar Aussie didagangkan di bawah tekanan, berundur dari paras tertinggi empat bulan susulan terbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA).

Keputusan RBA baru-baru ini menunjukkan perbincangan mengenai kadar faedah adalah seimbang, yang mencetuskan kemungkinan untuk menghentikan (pause) kenaikan pada mesyuarat seterusnya.

Sementara itu, mata wang euro kekal stabil pada paras tertinggi satu bulan berbanding greenback, manakala pound juga kukuh di paras terkuat hampir 14 bulan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat