Pakar Ramal Harga Bitcoin (BTC) Junam Sampai Ke Paras Ini!

3,330

Harga Bitcoin (BTC) jatuh 8% dalam tempoh 24 jam terakhir setelah indeks dolar AS terus bergerak melebihi paras 110.0, mengakibatkan pasaran kripto menjelang mesyuarat FOMC pada 20-21 September untuk menjawab persoalan pelabur sama ada Federal Reserve (Fed) bakal menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Menurut ramalan penganalisis kripto popular Rekt Capital, harga BTC boleh jatuh di bawah paras harga $13,900 dan $11,500 jika mempunyai senario yang tidak dijangkakan.

Dalam jangka masa bulanan, harga BTC kini menunjukkan prestasi berisiko kerana bergelut untuk melepasi paras $20,000, namun julat harga $20,000-$23,350 akan menentukan sama ada BTC menjadi bullish atau bearish.

Tambahan itu, pergerakan harga BTC pada bulan September begitu lemah dan mungkin paras harga $20,000 akan menjadi zon rintangan, namun jika harga BTC berada di bawah paras $20,000 pada akhir bulan ini, zon support seterusnya adalah $17,165 dan $13,900.

Justifikasinya, harga BTC akan bergantung pada kenaikan kadar Fed pada Khamis ini termasuklah pakar Wall Street seperti Goldman Sachs meramalkan kenaikan kadar 75 mata asas untuk September ini serta kenaikan kadar 50 mata asas pada November dan Disember.

Pada masa ini, harga BTC didagangkan di atas paras $19,000 selepas pemulihannya mencapai 4% daripada paras $18,390, tetapi jika indeks dolar A.S kekal berhampiran 110.0, maka harga BTC akan mendapat tekanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat