Parah! Binance Nak Nyahsenarai Stablecoin Di Negara Ini!

858

“Mesti ada sebab Binance buat macam tu, jadi kita kena hormat je la keputusannya.”

Semasa berada dalam pendengaran awam bersama Pihak Berkuasa Perbankan Eropah (EBA), Ketua Undang-undang Binance France Marina Parthuisot rancang menyahsenarai stablecoin untuk pasaran Eropah pada 30 Jun 2024.

Parthuisot telah bertindak demikian selepas undang-undang Pasaran dalam Aset Kripto (MiCA) diluluskan pada Jun 2023, tetapi perundangan untuk stablecoin akan berkuat kuasa setahun kemudian iaitu pada Jun 2024.

Namun perlu diketahui, Binance pada 26 Jun 2023 telah membatalkan keputusannya untuk menyahsenarai coin privasi di Eropah susulan daripada semakan operasinya untuk mematuhi piawaian Kesatuan Eropah (EU).

Bagaimanapun, perkara itu berbeza untuk stablecoin kerana perundangan EU pernah berkata bahawa had transaksi stablecoin boleh menyekat penerimaan kripto, di mana had $16 juta akan dikenakan ke atas USDT, USDC dan lain-lain.

Keputusan Binance yang berhasrat menyahsenarai stablecoin untuk mematuhi MiCA bukanlah satu-satunya contoh perubahan susulan banyak syarikat dan negara telah beralih bagi memenuhi piawaian baharu.

Menurut Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance berkata bahawa mereka mempunyai beberapa rakan kongsi yang berjaya melancarkan EUR dan stablecoin lain sambil mematuhi piawaiannya.

Tambahnya lagi, beliau sebelum ini mempunyai pandangan positif tentang pengenalan MiCA susulan pasukannya pernah menyatakan sesungguhnya mereka bersedia ambil peluang untuk bangunkan perniagaan yang patuh di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat