Inflasi Malaysia ‘Steady’, Tapi Ramai Terasa Bahang Kenaikan Harga

726

Kadar inflasi Malaysia kekal stabil pada bulan Ogos susulan kenaikan harga yang lebih perlahan dalam harga makanan dan minuman bukan alkohol.

Terbaru, Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) melaporkan indeks harga pengguna (CPI) tahunan meningkat pada 2%, tidak berubah daripada bulan sebelumnya dan sejajar dengan ramalan pasaran.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan segar dan barangan yang dikawal oleh kerajaan) pula berkurangan kepada 2.5% daripada 2.8% sebelumnya.

Teliti rincian menyeluruh komponen CPI Malaysia yang mengukur kadar inflasi.

  • Makanan dan minuman bukan beralkohol turun ke 4.1% daripada 4.4%
  • Sektor pengangkutan naik kepada 0% daripada -0.4%
  • Sektor restoran dan hotel merosot ke 4.7% daripada 5.0%
  • Sektor penjagaan perumahan, perabot dan perkakasan perumahan kurang ke 1.7% daripada 1.9%
  • Sektor barangan dan perkhidmatan lain jatuh kepada 2.4% daripada 2.6%
  • Sektor rekreasi dan budaya turun ke 1.0% daripada 1.1%
  • Sektor perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar naik 1.8% daripada 1.7%
  • Sektor pendidikan naik kepada 2.1% daripada 2.0%
  • Sektor kesihatan meningkat kepada 2.4% daripada 2.0%
  • Sektor komunikasi tidak berubah pada -3.7%
  • Pakaian dan kasut jatuh kepada 0% daripada 0.1% 
  • Minuman alkohol dan tembakau tidak berubah pada 0.5% 

Di samping itu, inflasi di kawasan bandar turun kepada 2.0% berbanding 2.1% sebelumnya dan kawasan luar bandar pula tidak berubah pada 1.9%.

Inflasi Malaysia masih antara yang terendah berbanding beberapa negara lain selain Thailand (0.4%), di mana Eropah (5.2%), Amerika Syarikat (3.7%), Filipina (4.7%), Indonesia (3.3%) dan Korea Selatan (3.4%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat