Parah! Ini Punca BTC Masih Bermandikan Darah!

443

“Bila la agaknya harga BTC nak pulih, penat dah tunggu ni.”

Harga Bitcoin (BTC) terkesan apabila rangkaiannya yang mengalami kesesakan transaksi besar telah mengakibatkan bayaran gas melambung tinggi sehingga beberapa bursa mata wang kripto terpaksa menghentikan urus niaga aset digital itu.

Secara umumnya, gas tinggi baik untuk keselamatan rangkaian tetapi tidak sesuai untuk nod dan decentralized, ulas penganalisis pasaran kripto terkemuka Willy Woo semasa bercakap mengenai kebaikan serta keburukan bayaran gas tinggi yang berpunca daripada Ordinals.

Tambahnya lagi, ganjaran BTC yang mungkin akan menjadi sifar pada masa hadapan mampu menyebabkan pelabur insentif perlu membayar yuran gas kepada miners ataupun validators sekiranya ingin mendapatkan keselamatan pada protokol.

Diperjelaskan lebih terperinci, bayaran gas tinggi dalam rangkaian BTC yang telah menimbulkan pelbagai kesulitan boleh dianggap sebagai pertumbuhan Ordinals, di mana kebanyakannya dirujuk sebagai shitcoin.

Ganjaran blok berkemungkinan tidak dikurangkan dalam masa terdekat ini susulan ia akan mengambil masa beberapa tahun namun perkara tersebut dikatakan mampu membahayakan protokol lebih daripada yang dibayangkan.

Pun begitu, BTC dapat diselamatkan apabila munculnya penyelesaian Layer-2 yang berupaya bantu Lightning Network untuk mengurangkan kesesakan transaksi.

Hal ini kerana semasa Binance mengalami kesesakan transaksi, bursa kripto tersebut telah menyepadukan Lightning Network untuk menyelesaikan masalah yang ditimpa mereka itu.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.22% pada paras $27,659 dalam tempoh 24 jam terakhir dan tergelincir sekitar 1.14% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat