Pasaran Menanti Arah Tuju Jelas, USD Nak Ke Mana?

224

Pasaran terus bergerak dengan volatiliti yang rendah, satu gerakan biasa dalam dua minggu terakhir bulan Disember.

Ini dapat disaksikan pada dagangan bercampur-campur US dolar berbanding pesaing utamanya.

Menyingkap situasi pasaran pada sesi New York, dolar greenback berhasil mendapat ransangan sementara daripada bacaan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan pada Disember.

Namun, raja mata wang itu kembali merosot pada sesi Asia dengan tumpuan pelabur kini beralih kepada bacaan akhir data keluaran dalam negara kasar (KNDK) untuk suku ketiga yang akan disiarkan pada sesi New York akan datang.

Di sisi lain, dolar Aussie meningkat 0.3% untuk didagangkan sekitar harga 0.6730 berbanding US dolar yang menyusut, manakala pergerakan dolar New Zealand pula kekal terbatas pada 0.6300.

Pelabur tampaknya mengabaikan berita mengenai Presiden Rusia Vladimir Putin yang mengumumkan untuk meningkatkan potensi ketenteraan negara dan pertemuan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dengan Presiden AS Joe Biden.

Dolar Kanada pula sedikit berubah, gagal memanfaatkan data inflasi Kanada yang menunjukkan angka lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan November.

Sementara itu, mata wang euro kekal bergerak mendatar manakala pound mencatat kemerosotan berikutan data UK yang lemah apabila pinjaman kerajaan mencecah paras tertinggi pada bulan November.

Yen pula terus menguat apabila Bank of Japan (BOJ) melanjutkan pembelian bon kerajaan yang tidak berjadual untuk hari kedua berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat