Pasaran Minyak Mentah Susut, Bekalan Terjejas Akibat Konflik Perang

241

Harga minyak mentah susut lagi pada hari ini disebabkan oleh gangguan bekalan minyak di Timur Tengah berikutan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ke atas kumpulan Houthi di Yaman yang menyerang kapal-kapal di Laut Merah.

Sementara itu, pasaran minyak mentah Brent turun 31 sen (0.4%) kepada $77.98 per tong berbanding naik 1.1% pada Jumaat lepas. Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula turun 32 sen (0.4%) kepada $72.36 berbanding kenaikan lepas sebanyak 1%.

Kedua-dua penanda aras itu melonjak naik lebih 2% minggu lalu dan mencecah paras harian tertinggi mereka tahun ini selepas serangan di Laut Merah itu berlaku.

AS dan UK melancarkan berpuluh-puluh serangan udara ke atas pangkalan Houthi sebagai membalas dendam akibat kekacauan kapal-kapal selama berbulan-bulan.

Presiden Joe Biden berkata Amerika Syarikat telah menghantar mesej peribadi kepada Iran mengenai serangan ke atas Houthi.

Menurut penganalisis Goldman Sachs dalam kenyataannya berkata memandangkan konflik Timur Tengah pada masa ini tidak menjejaskan pengeluaran, harga premium risiko geopolitik dalam harga minyak kini kelihatan sederhana berdasarkan turun naik pasaran.

Katanya lagi, mereka menganggarkan bahawa harga minyak akan meningkat 20% pada bulan pertama berlakunya gangguan Selat Hormuz dan mungkin akan meningkat buat sementara waktu.

Di Libya, orang ramai mula bersuara berkenaan amalan rasuah serta mengancam untuk menutup dua lagi kemudahan minyak dan gas selepas lapangan Sharara yang menghasilkan 300,000 tong sehari disekat pada 7 Januari lepas.

Pada Jumaat lepas, syarikat tenaga dan gas asli di Amerika Syarikat bersiap sedia untuk menghadapi kesejukan melampau sepanjang minggu ini yang dijangka akan menyebabkan permintaannya meningkat di samping memotong bekalan dalam telaga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat