Pegawai Fed Marakkan Lagi ‘Api’ Pengukuhan USD!

696

Mata wang gergasi US dolar terus melanjutkan momentum pengukuhan dengan meningkat lebih tinggi pada permulaan dagangan Rabu.

Ini disokong oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kekal kukuh berikutan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan tinggi untuk jangka panjang.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback mencapai puncak baharu 10 bulan pada 106.30.

Turut menyokong pengukuhan greenback, Presiden Federal Reserve (Fed) Minneapolis, Neel Kashkari yang melihat 40% peluang untuk kadar faedah bergerak lebih tinggi untuk menurunkan inflasi.

Ia secara tidak langsung menandakan bahawa kadar boleh meningkat lebih tinggi pada tahun depan.

Data yang kurang memberangsangkan pada sesi New York nampaknya gagal mematahkan pengukuhan US dolar, di mana keyakinan pengguna Amerika Syarikat merosot pada bulan September dan jualan rumah baharu perlahan pada Ogos.

Pun begitu, indeks pembuatan tinjauan Federal Reserve (Fed) Richmond kembali meningkat pada September selepas mencatat penguncupan pada bulan sebelumnya.

Hasil yang lebih tinggi terus menekan mata wang yen untuk susut lebih jauh ke paras terlemah 11 bulan, membawa harga semakin menghampiri paras kritikal 150.00 berbanding greenback.

Sementara itu, pelabur terus menyaksikan penurunan lebih jauh mata wang euro dan pound ke paras terendah terbaru enam bulan berbanding US dolar ketika sesi Asia.

Di sisi lain, dolar Aussie sedikit berubah sebagai reaksi awal kepada terbitan data inflasi pengguna tahunan Australia yang menunjukkan bacaan meningkat pada 5.2% pada bulan Ogos.

Dalam pada itu, dolar Kanada sedikit merosot berbanding US dolar tetapi penurunan yang dicatatkan terhad susulan harga minyak mentah yang melonjak semula.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat