Pelik, Kenapa KuCoin Bergegas Bakar Berjuta Kripto Ini Dalam Masa Singkat?

723

“Hmm agaknya sebab apa KuCoin bertindak sebegitu?”

Pada September 2021, beribu-ribu address deposit daripada bursa mata wang kripto KuCoin dilaporkan menghantar Ethereum (ETH) bernilai puluhan juta dolar ke address terbakar tanpa sebab yang jelas.

Menurut Conor Grogan, Pengarah Coinbase berkata bahawa peristiwa luar biasa tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 7 September 2021 telah melibatkan lebih 3,500 transaksi dalam stablecoin Tether (USDT) dan ETH.

Memang tidak dinafikan pembakaran token adalah perkara biasa yang sering dilakukan, tetapi bukanlah untuk situasi ini susulan terdapat kuantiti ETH begitu besar untuk dibakar dalam tempoh singkat tanpa sebab jelas di sebalik perpindahan tersebut.

Oleh demikian, Grogan berpandangan KuCoin mungkin membuat perjanjian dengan BitFinex untuk menebus USDT, namun perlu diingat ETH telah melaksanakan naik taraf digelar EIP-1559 pada tahun 2021 untuk memperkenalkan mekanisme yang dapat bakar sebahagian daripada yuran gas.

Ditambah pula dengan naik taraf Merge yang menyaksikan ETH beralih ke Proof-of-Stake (PoS) seterusnya melihat bekalan aset digital tersebut menurun berbanding yuran transaksi yang dibayar.

Sebagai rekod, bekalan ETH pada Mei 2023 telah menurun sebanyak 143,000 ETH bernilai $275 juta selepas 56,680 aset digital itu dikeluarkan manakala 199,670 pula dibakar, tetapi banyak pelabur percaya harganya mampu melonjak pada masa hadapan jika permintaan meningkat.

Malah, pengurus aset global bernama VamEck meramalkan harga ETH berpotensi mencapai $11,800 menjelang 2030 melalui valuation model yang menyumbang kepada hard fork dan persaingannya dengan bil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Valuation model membawa maksud menganggarkan hasil, aliran tunai dan gandaan ETH termasuk mengiktiraf peranan aset digital tersebut sebagai aset simpanan nilai serta rangkaian penyelesaian global untuk platform kontrak pintar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat