Pengurusan ATM Bitcoin & Chainalysis Wujudkan Perlindungan Kepada Pengguna Kripto

349

Firma pengurusan ATM Bitcoin, DigitalMint dan Coinsources telah menyertai firma analitik blockchain, Chainalysis untuk membentuk Cryptocurreny Compliance Cooperative (CCC).

Pertubuhan CCC adalah untuk menyokong standard pematuhan dan pada masa yang sama melindungi pengguna dalam industri tunai-ke-matawang kripto.

Majoriti pihak yang menerajui industri ini mahu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan mengesahkan industri mereka dengan meningkatkan standard pematuhan yang dilihat masih belum mampan.

Langkah ini diambil susulan daripada laporan New Jersey yang mendedahkan hampir 75% operator kiosk ATM Bitcoin di daerah tersebut membenarkan transaksi tertentu tanpa memerlukan maklumat pengguna selain daripada nombor telefon.

Tidak cukup dengan itu, separuh daripada operator tersebut membenarkan transaksi matawang kripto sehingga had $900 hanya berdasarkan nombor telefon dan ada juga pihak mereka langsung tidak meminta apa-apa maklumat pengguna.

Ini menunjukkan hampir kesemua operator BTM yakin bahawa melalui pemilikan maklumat seperti nombor telefon sudah memenuhi keperluan Kenali Pelanggan Anda (KYC).

Sedangkan perkara ini jika dipandang enteng akan mengundang kumpulan yang menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan tertentu.

Justeru, wujudnya CCC diharapkan dapat meningkatkan memberi manfaat kepada pengguna dan juga pengendali BTM.

Buat masa sekarang, dilaporkan sebanyak 42,000 mesin ATM Bitcoin telah tersedia di AS, manakala di Hong Kong pula hanya sebanyak 130 mesin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat