Pening Kepala Pelabur, BTC Nak Naik Atau Turun?

172

“Nampaknya hari ni harga BTC macam lemah je, tak tahu lagi nak ke mana agaknya.”

Sejurus selepas raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya menembusi $28,000, harganya menyusut semula di bawah $27,800 apabila para pedagang harian dilaporkan mengambil keuntungan dalam jangka pendek.

Harga BTC mencecah $28,500, iaitu paras tertinggi sejak 8 Mei 2023 setelah Presiden Joe Biden dan Republikan Kevin McCarthy mencapai persetujuan untuk menaikkan siling hutang Amerika Syarikat (AS) yang hampir menuju tarikhnya pada 1 Jun 2023.

Aset digital itu turut menyaksikan kenaikan ketara apabila dolar AS didapati mengalami kejatuhan drastik semalam.

Walaupun kenaikan kadar faedah di AS, United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) kekal konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend pertumbuhan BTC sebahagian besarnya juga dikaitkan dengan pasaran saham.

Meskipun begitu, perjanjian hutang tersebut boleh mengakibatkan harga BTC menjunam dalam jangka panjang susulan terdapat kebimbangan mengenai pengeluaran sekitar $1 trilion kecairan daripada pasaran.

Menerusi pemerhatian, harga BTC dijangka akan capai $29,343 sekiranya dapat menembusi $28,592 namun jika gagal maka aset digital tersebut mampu tergelincir semula hingga ke $26,797 ataupun bawah lagi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.43% pada paras $27,790 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $538 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 2.90% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat