Peperangan Bermula, Won Korea Atasi Dolar Amerika Dalam Dagangan Kripto!

403

“Mesti sekarang AS tengah panas hatikan, ye la negara tu mana boleh tengok orang lain lebih daripadanya.”

Baru-baru ini dikejutkan pendedahan berhubung urus niaga pada bursa mata wang kripto centralized melibatkan Won Korea Selatan (KRW) telah melebihi $465 bilion yang mengatasi dolar Amerika Syarikat (AS) $455 bilion dari segi volum dagangan.

Perlumbaan tersebut berjaya menghasilkan peningkatan ketara dalam aktiviti perdagangan di mana Won mengambil tempatnya di bahagian atas senarai mata wang fiat dunia dalam pasaran kripto.

Salah satu faktor yang menyumbang pada penghargaan Won ialah persaingan semakin sengit antara bursa kripto di Korea Selatan seperti Upbit, Bithumb dan Korbit yang memperkenalkan tempoh dagangan zero-fee.

Memang tidak dinafikan strategi sedemikian membawa pada peningkatan ketara dalam jumlah dagangan, tetapi ia menjejaskan aliran tunai susulan Bithumb merosot 60% pada 2023 disebabkan dasar zero-fee yang ditarik balik pada awal Februari 2024 selepas hanya lima bulan pelaksanaan.

Namun, kenaikan volum dagangan pada awal Mac 2024 telah dipengaruhi oleh persekitaran makroekonomi yang baik dan persaingan pasaran tinggi kemudian kelulusan ETF di Hong Kong boleh merangsang lagi aktiviti perdagangan yang melibatkan Won.

Pun begitu, pasaran kripto masih memerhatikan tindakan kawal selia susulan ia cenderung beri kesan pada pasaran kripto dan sentimen pelabur secara global yang boleh membawa perubahan dalam volum dagangan merentas pasangan fiat serta kripto yang berbeza.

Jadi di sini dapat dilihat Won akan terus jadi mata wang teratas berbanding dolar AS dalam sektor perdagangan aset digital jika bursa kripto di Korea Selatan boleh meningkatkan volum tetapi dalam masa sama mengekalkan keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat