Pergerakan ‘Bullish’ Chainlink Tembus $13, Sasar Harga Ini Pula!

307

“Prestasi LINK sangat luar biasa, harganya perlahan-lahan nak naik lebih tinggi.’

Pergerakan dilakukan Chainlink (LINK) sangat memberangsangkan apabila harganya yang menggunung sehingga menembusi $13 telah menyebabkan mata wang kripto itu kini menjadi salah satu altcoin berprestasi terbaik.

Sebagai platform oracle yang memiliki banyak kes penggunaan untuk blockchain dan kontrak pintar, LINK telah menarik minat banyak pelabur runcit termasuk institusi ditambah pula terdapat tokenisasi aset dunia sebenar (RWA) yang menghubungkan artificial intelligence (AI) serta blockchain.

Bukan itu sahaja, banyak pedagang yang menyasarkan peluang scalping turut berminat terhadap LINK apabila harganya menyaksikan kenaikan sangat mengagumkan dalam beberapa minggu lepas.

Jika dilihat, harga LINK berjaya menembusi zon kuatnya pada $10 diikuti $12, oleh itu pedagang sungguh yakin aset digital tersebut akan meneruskan kenaikan ke arah $20 ataupun lebih tinggi lagi.

Sesetengah pedagang boleh memilih untuk mengunci keuntungan pada $18 atau tidak susulan paras tersebut adalah zon rintangannya pada April 2023, jadi di sini dapat dilihat LINK boleh cepat melepasi $20 jika harga mampu tembus paras itu.

Suka dimaklumkan Rollup Finance iaitu bursa dagangan derivatif decentralized telah menyertai Chainlink BUILD di mana mereka dapat menggunakan perkhidmatan oracle LINK dan nikmati sokongan teknikal langsung yang akan tingkatkan keselamatan DEX serta pengalaman pengguna.

Sebagai balasan, Rollup Finance akan menjadikan 3.75% daripada jumlah bekalan token aslinya tersedia kepada penyedia perkhidmatan LINK termasuk staker.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, LINK perlu melepasi zon rintangan kuat seterusnya pada $16.74 untuk mencapai $18.89 tetapi sekiranya gagal maka aset digital tersebut mampu merudum ke paras $12.37 diikuti $11.43.

Sehingga berita ini ditulis, harga LINK melonjak sebanyak 3.69% pada paras $13.48 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $7 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan lebih 21.39% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat