Pergerakan Matawang Forex Di Pasaran Eropah Setakat Ini

49

Dolar U.S menyusut berbanding yen sepanjang pasaran hari ini dan kiwi meningkat disebabkan oleh bacaan akaun semasa negara yang melebihi jangkaan analisis dan juga rincian polisi yang bakal dilaksanakan oleh Fed.

USD/JPY susut sebanyak 0.24% iaitu pada 111.33 , manakala AUD/USD berdagang pada 0.8056, meningkat 0.57%. NZD/USD berdagang pada 0.7369, meningkat sebanyak 0.68% pada jam 6.20 petang

Hasil keputusan pelan pengecilan penyata kewangan, Rumusan Pelaksanaan Ekonomi Fed dan dot-plot menjadi perhatian para pelabur yang menanti adakah pergerakan inflasi yang perlahan akan mempengaruhi persepsi jangka panjang bank pusat terhadap kadar faedah.

Indeks U.S dollar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain, jatuh dari 0.16% kepada 91.47.

New Zealand melaporkan baki akaun semasa pada suku tahun kedua, berada dalam keadaan defisit, namun kurang daripada jangkaan. Di samping itu, Jepun melaporkan bahawa lebihan baki imbangan perdagangan pada bulan Ogos adalah pada ¥114 billion, melebihi jangkaan ¥94 billion.

Matawang U.S tidak berubah begitu ketara berbanding matawang lain selepas bacaan data perumahan US bercampur memberi tekanan pada sentimen, namun ketegangan geopolitik yang semakin reda menghalang kerugian yang lebih banyak pada dolar.

Jabatan Perdagangan melaporkan pada hari Selasa bahawa projek perumahan jatuh sebanyak 0.8%, jauh dari sasaran pakar ekonomi yang menjangkakan bahawa akan meningkat 1.7%.

Walaupun penurunan dolar adalah berisifat terbatas, ia tetap membuat sebahagian pelabur beralih kepada ‘safe-heaven’ seperti yen dan Swiss france. Selain itu ketidapastian geopolitik oleh Korean Utara yang semakin memudar turut menghalang dolar U.S. jatuh lebih jauh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat